Monday, January 07, 2013

PELANGI INDAH



kita sering bersedih apabila sesuatu yang kita inginkan tidak dapat kita miliki..
kita juga sering bersedih apabila sesuatu yang sudah kita miliki terlepas dari genggaman kita..
malahan apabila hajat kita tak dipenuhi pun kita mesti bersedih..
apabila dihujani dengan pelbagai musibah dan dugaan kita juga mesti bersedih dan kadang kala merungut dan menyesali diri..

namun, pernahkah kita terfikir bahawa ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku itu..??
tidak ramai antara kita yang menyedari akan hikmah yang bakal muncul pada kemudian hari..
pada waktu itu kawan2 dan insan yang berada dekat dengan kita la yang akan memainkan peranan untuk memberikan ketenangan dan kata2 semangat..
kita pun mula tersedar bahawa kita sepatutnya bersyukur dengan dugaan yang menimpa kita kerana ia akan membuatkan kita lebih bersyukur sekali gus meningkatkan tahap kematangan kita..
berkat semangat yang ada kita bangkit daripada kegagalan dan keluar daripada kepompong kesedihan dan terus berusaha serta menjalani kehidupan seperti biasa.

ingatlah bahawa ALLAH tidak akan memberikan kita dugaan dan ujian sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk menghadapinya..
ALLAH juga ingin memberikan kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah kita miliki itu dengan memberikan ujian dan dugaan terlebih dahulu..
dan janganlah kita lupa sekiranya kita sedang dalam kesusahan, masih ada lagi insan yang berada dalam keadaan yang lebih susah di luar sana dengan dugaan yang lebih dahsyat daripada apa yang kita alami.. bersyukurlah dengan setiap yang berlaku dan nikmatilah kehidupan yang serba indah ini..


..kadang2 ALLAH sembunyikan matahari..
..Dia datangkan petir dan kilat..
..kita menangis dan tertanya2 ke mana hilangnya sinar..
..rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi nan indah..



SENYUM-SENYUM SELALU (:

No comments: